Definisi
Menurut Chua Yan Piaw, LR bermaksud membuat kajian secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan. (Chua Yan Piaw, 2006 : 35)
Terdapat beberapa tujuan umum bagi menulis dan memuatkan LR pada penyelidikan, iaitu :
- Mengelak pengkaji membuat penyalinan atau duplikasi, yakni melakukan kajian yang sama dengan kajian terdahulu tanpa memperbaiki dan menambahbaik kelemahan kajian-kajian lepas.
- Pengkaji dapat membezakan antara usaha penyelidikan yang perlu dilaksana dan kerja penyelidikan yang tidak perlu kerana ia telah dilakukan pada kajian-kajian terdahulu.
- Mengenal pasti tahap persetujuan dan kesepakatan pengkaji-pengkaji sebelum mengenai kajian yang sedang dijalankan.
- Memperolehi maklumat tentang perbezaan antara hasil-hasil kajian yang lepas.
- Mendapat maklumat tentang cadangan kajian lanjutan yang diperolehi dalam saranan kajian-kajian yang terdapat dalam kajian lepas seperti mana disarankan oleh pengkaji kajian berkenaan. Ia boleh digunakan sebagai panduan untuk menggarap reka bentuk kajian yang akan dijalankan.
- Mendapat gambaran lebih jelas tentang fokus dan skop kajian yang boleh dilaksanakan dan akan memperolehi kefahaman dan pengetahuan yang penting berkaitan persoalan dan masalah yang akan dikaji.
- Hubungkait teori-teori dalam reka bentuk kajian pengkaji yang lepas dapat diketahui dan dapat diimplementasikan dalam penyelidikan kita.
Labels: Kaedah Penyelidikan
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)