Tujuan Literature Review (LR) atau Sorotan Literasi
0 comments Posted by Sorotan Literasi at 5:15 PMDefinisi
Menurut Chua Yan Piaw, LR bermaksud membuat kajian secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan. (Chua Yan Piaw, 2006 : 35)
Terdapat beberapa tujuan umum bagi menulis dan memuatkan LR pada penyelidikan, iaitu :
- Mengelak pengkaji membuat penyalinan atau duplikasi, yakni melakukan kajian yang sama dengan kajian terdahulu tanpa memperbaiki dan menambahbaik kelemahan kajian-kajian lepas.
- Pengkaji dapat membezakan antara usaha penyelidikan yang perlu dilaksana dan kerja penyelidikan yang tidak perlu kerana ia telah dilakukan pada kajian-kajian terdahulu.
- Mengenal pasti tahap persetujuan dan kesepakatan pengkaji-pengkaji sebelum mengenai kajian yang sedang dijalankan.
- Memperolehi maklumat tentang perbezaan antara hasil-hasil kajian yang lepas.
- Mendapat maklumat tentang cadangan kajian lanjutan yang diperolehi dalam saranan kajian-kajian yang terdapat dalam kajian lepas seperti mana disarankan oleh pengkaji kajian berkenaan. Ia boleh digunakan sebagai panduan untuk menggarap reka bentuk kajian yang akan dijalankan.
- Mendapat gambaran lebih jelas tentang fokus dan skop kajian yang boleh dilaksanakan dan akan memperolehi kefahaman dan pengetahuan yang penting berkaitan persoalan dan masalah yang akan dikaji.
- Hubungkait teori-teori dalam reka bentuk kajian pengkaji yang lepas dapat diketahui dan dapat diimplementasikan dalam penyelidikan kita.
Labels: Kaedah Penyelidikan
Perkhidmatan Pencarian Kajian Ilmiah Pengajian Islam
0 comments Posted by Sorotan Literasi at 9:55 PMKami di Sorotan Literasi merupakan satu kumpulan yang menyediakan perkhidmatan bagi mendapatkan kajian-kajian ilmiah dalam bidang pengajian Islam khususnya dalam bentuk tesis PhD dan disertasi sarjana. Tujuan perkhidmatan ini adalah untuk membantu para pengkaji dan ahli akademik mendapatkan kajian-kajian ilmiah dari semua institusi di seluruh dunia. Kami sedang membina pangkalan data yang lengkap bagi memudahkan pencarian kajian-kajian berkenaan seterusnya dapat membantu para pengkaji untuk melancarkan lagi proses penyelidikan dan penulisan kajian.
Kajian-kajian ilmiah yang berkaitan merangkumi dalam bidang pengkhususan seperti berikut :
- Aqidah Islam
- Fiqh dan ilmu berkaitan
- Tafsir dan ‘Ulum al-Quran
- Hadith dan ‘Ulum al-Hadith
- Falsafah dan Pemikiran Islam
- al-Sirah al-Nabawiyyah dan Sejarah Islam
- Ekonomi dan Mu’amalat Islam
- Kewangan dan Perbankan Islam
- Dakwah Islamiyyah
- Tasawwuf
- Pendidikan Islam
- Qira’at dan Tarannum
- Firaq Islami
- Perbandingan Agama
- Politik Islam Semasa
- Bahasa dan Sastera Arab
Perkhidmatan kami adalah untuk mendapatkan maklumat kajian-kajian ilmiah berkaitan dan jika berjaya kami dapat membekalkan maklumat kajian berkenaan dalam pelbagai bentuk. Namun begitu, semua maklumat dan bahan yang dibekalkan adalah melalui online dan berbentuk digital atau softcopy.
Di samping itu, kajian-kajian ilmiah yag kami semak dan cari adalah dalam beberapa bahasa utama iaitu, Bahasa Arab, Inggeris, Melayu, Indonesia dan Urdu. Kami berbesar hati dan menghargai sekiranya para pensyarah dan ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia dapat memaklumkan kepada para pelajar ijazah tinggi dan sahabat handai, ahli keluarga tuan dan cik puan yang lain.
Buat masa sekarang, kami sedang aktif di dalam Facebook dengan nama Tesis Disertasi Pengajian Islam. Tuan dan cik puan boleh add kami pada bila-bila masa dan kami akan melayan tuan-tuan dengan seberapa segera, insya Allah. Beberapa pengkaji dan ahli akademik berjaya kami bantu bagi mendapatkan kajian-kajian berkaitan. Selain itu, ia juga dapat mengelak berlaku pertindanan tajuk kajian dan perbahasan kerana kekurangan maklumat berkaitan kajian-kajian ilmiah yang diingini.
Untuk maklumat lanjut tuan dan cik puan dapat menghubungi kami di;
Emel : sorotanliterasi@gmail.com
Facebook : Tesis Disertasi Pengajian Islam
Blog : sorotanliterasi.blogspot.com
Labels: Pengumuman, Promosi
Selamat datang kepada pengunjung Sorotan Literasi. Laman ini diwujudkan bagi memberi perkhidmatan dan berkongsi maklumat berkaitan kajian-kajian akademik Pengajian Islam. Usaha ini adalah untuk membantu pengunjung agar dapat melancarkan lagi proses penulisan penyelidikan masing-masing.
Teruskan usaha membaca dan mengkaji bagi meneruskan kelangsungan ilmuwan dan inteligensia silam bagi meneruskan peradaban manusia yang lebih harmoni dan sejahtera.
Labels: Pengumuman
Subscribe to:
Posts (Atom)